YOU CAN DO IT!!!
Sunday, November 02, 2008
11:13 PM
yup... +ve... 6 weeks...
you can make it!!!
|
Sunday, August 13, 2006
10:41 AM
hehehe.. lama sungguh tak update blog ni..
bukan tak nak update, tapi tak berkesempatan. sibuk dengan hal2 rumah semua.
sekarang berat soda dah tinggal 61.2kg. BMI dah ok, 24.5
sebab soda tak nak kurus sangat pun sebab soda jenis rangka besar, so soda target nak turun sampai ke 58kg. tinggi soda 158cm.. soda tak suka nak target lebih2, kalau setakat 58kg pun dah cukup bagus dah.. hehehe.. tapi kalau boleh turun ke 57kg or 56kg lagi bagus kan? hahahaha..
aerobic tiap2 hari buat, kecuali hari jumaat. hari jumaat hari soda berehat2 ngan family.
makan pula, soda still maintain makan kurang. plus sekarang ni soda rajin dok masak benda2 bakar, rebus semua..
yeahhhhhhhhh.. sikit je lagik!!!
you can make it!!!
|
Tuesday, July 04, 2006
11:28 PM
CATATAN 5/7
pagi tadi timbang lagi, berat aku telah kurang dari 66.7kg ke 65.3kg. ada penurunan sebanyak 1.4kg dalam masa 8 hari, horey!!!
aku buat rutin cam biasa hari2. petang buat aerobik, makan aku jaga. lebih makan buah2an ngan sayur2an. nasik aku kurangkan, aku lebih makan biskut je sekarang ni.
exercise aku buat 5 kali seminggu, weekend aku off.. aku buat hari keje je, sebab bagi aku weekend masa untuk spend time ngan family. tapi aku rasa harini aku off day exercise kot sebab cik pms datang, perut tak brapa sedap..
cuma aku tak taulah, aku ni memang ada masalah peha besar dari kecik lagi. cam ada selulit pun ada. aku tak taulah nak buat camne, aku baca artikel masalah selulit ni boleh diatasi dengan exercise je, tak tau la sejauh mana kebenaran artikel tu kan?
to be continued..
you can make it!!!
|
Tuesday, June 27, 2006
11:13 AM
laporan laporan laporan..
harini aku timbang berat aku 66.7kg.. semakin kurang dari 67.6kg aku timbang 20/6 haritu..
tapi tulah, agaknya cik pms nak datang, badan aku letih lak sikit.. nak buat exercise pun cam malas je, tapi aku tak kira.. aku exercise gak! peruntukan satu hari aerobik 1 jam, dari aku tak buat apa time petang, better aku pakai masa tu untuk aerobik kan? lagipun aku bukan jenis tido petang pun..
suar jeans aku semakin longgar.. syok pun ada, sayang pun ada.. aku beli brand esprit, saiz 42euro.. aku beli masa berat aku 73kg, beli 2 helai lak tu..
hubby aku baru belikan aku aerobik step untuk aku.. horeyyyyyy!!! boleh adjust tinggi, selama ni aku pakai kerusi kecik je.. agaknya dia kesian kat aku kot??? karang patah lak kerusi kecik tu, jatuh cam buah nangka gedebuk lak kan?
bab makan lak, aku berjaya la menyekat selera aku dari makan yang bukan2. ice cream baskin robbin kat peti ais aku tu pun aku buat tak nampak dah.
aku sekarang ni giler makan salad. tak tau la apsal, tapi aku suka sangat daun salad, tomato, timun potong kecik2, then gaul ngan sos lingam sikit.. sedap woooo!!! bila aku makan tu, perut aku penuh la sikit, so takde la aku nak makan banyak benda lain.
aku ada terbaca artikel, "kita gemuk kalau makan 10 donat, kalau setakat satu takpe".. emmm, tul tu.. so takde salahnya sekali sekala nak makan fast food semua, tapi jangan berlebih2an.. kalau bantai KFC sampai 3 ketul memang la naik badan, tapi makan seketul takpe kan kan kan? so aku set kat mind aku camtu sekarang.. jangan sebab nak turunkan berat badan, tak boleh nak makan benda2 lain langsung..
aku ni bukannya jenis nak diet semua benda tak leh makan... aku makan benda lain, aku makan gak pizza semua, tapi kalau aku dah amik sekeping pizza, malam aku akan makan yang ringan je.. kena seimbang la kan?
ok, nanti aku buat laporan seterusnyaaaaaaa.. tungguuuuuuuuuuuu..
you can make it!!!
|
Tuesday, June 20, 2006
12:06 AM
blog ini aku ciptakan ada tujuan.
tujuan aku buat blog ni untuk rekodkan perkembangan aku dalam menurunkan beberapa kg..
aku memang jenis badan besar dari sekolah menengah.
dengan ketinggian aku 158cm, berat aku mencecah 86kg waktu aku di tingkatan 5.
memang tak tahan aku, kena perli, even ayah aku, sedara mara , cikgu dengan kawan2 semua bising pasal berat aku. salah aku gak, makan tak henti-henti.
abis sekolah menengah, aku berusaha turunkan berat aku. aku berjaya menurunkan berat aku dari 86kg ke 75kg.
aku dapat tawaran masuk IPT. usaha aku terhenti di situ. tapi aku berjaya maintainkan berat 75kg aku tu sehingga aku abis belajar.
selepas aku abis belajar, aku terus dapat kerja di kuala lumpur. aku sambung kembali usaha lama aku tu. dari 75kg aku berjaya turunkan hingga 60kg. Ikut BMI dah ok dah tu, orang pun komplen lak muka aku cengkung. kadang-kadang geram gak, bila berat bising, bila turun kata tak lawa lak. pening aku.
tapi waktu tu aku turunkan berat aku sebab aku risaukan kesihatan aku, takde sebab lain.
pas tu aku jumpa teman hidup aku. badan aku naik balik, maybe sebab aku senang hati kot? lagipun asyik dating memanjang, takde masa nak exercise, tu yang naik kot? sehinggalah aku kawin, berat aku cecah 68kg..
aku bersyukur sebab dapat suami yang tak kisah aku tembam ke, aku plum ke, aku debab ke. tengkiu yang!
tak lama aku kawin, aku confirm prengnant. waktu ni la berat aku naik giler. maklumlah aku tak leh nak control makan, nanti side effect kat baby lak kan. waktu first time buat check up, berat aku dah already naik ke 74kg.
sehinggalah aku nak bersalin, dengan ketinggian 158cm aku tu, berat aku dah cecah 94kg.. aduh, sungguh tak larat aku nak berjalan, tapi aku jalan gak.. hahaha..
lepas bersalin, berat aku turun sikit ke 89kg.
lepas tu apa lagi, banyak la suara2 sumbing perli aku termasuk la bos aku kat opis. sakit telinga aku ni.. aku pun berusaha turunkan berat aku dari 89kg ke 73kg.
lepas tu berat aku tak turun-turun. macam-macam aku buat, sumber semangat hubby ngan kawan opis aku. dia la banyak bagi galakan kat aku, dia gak la yang tau kesedihan hati aku bila orang dok perli aku.. tengkiu kak!
tapi aku heran, berat aku tak gak turun-turun, kalau turun ke 71 sure naik balik ke 73. ada masa naik sampai 75. tak maintain langsung.
sehinggalah satu hari hubby aku kata kena gi oversea. so aku terpaksalah berenti sementara dan ikut hubby aku.
kat rumah aku tak keje. jaga anak aku jelah keje aku. masa ni la aku gunakan sebaik2nya untuk menurunkan beberapa kg.
aku jadi gila aerobik sekarang ni. tiap2 hari aku peruntukan sejam nak buat aerobik.
harini, aku timbang berat aku dah turun hingga ke 67.6kg, yea yea..
aku buat 2 target:
target pertama sampai ke 62kg untuk sesuaikan BMI*
target kedua turunkan hingga ke 57-58kg kalau berjaya*
tapi aku nak tumpukan perhatian untuk target yang pertama..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
banyak sebab aku nak turunkan berat ni..
1. aku tak nak hilang langsung self confident aku. aku nak bercampur ngan orang pun segan bila besar sangat, espacially wife kawan-kawan hubby aku. yelah, sesama muda tapi aku yang paling besar. diaorang pun kadang2 aku rasa macam sisihkan aku lak. sedih wooo.. pas tu ada lak ingat aku ni dah tua. nak nangis aku!
2. supaya aku sihat, cergas..
3. supaya aku boleh beli baju lawa2.. hahahaha.. nama pun perempuan kan kan kan?
4. untuk persediaan mengandung 2nd time. kalau naik pun takdelah banyak aku nak turunkan pun.. cam waktu aku confirm ngandung dah 74kg, naik ke 94kg, naik 20kg. kalau berat aku berjaya turun sampai 58kg, naik 20kg baru 78kg, kira ok lagi tu dari naik sampai 94kg!
so blog aku ni aku buat khas untuk mencatat perjalanan aku dalam mencapai matlamat aku..
semoga aku berjayaaaaaaaa!!!
you can make it!!!
|
Me Myself
sOdA
20 an an an
motivated
sensitive
cravings *
lose weight
wear 8-10 UK size dresses
be healthier
be stronger
M.A.C make up
break daa silence *
Sembang-Sembang
exercise routine with The Firm #
Day 1 - Complete Aerobics & Weight Training
Day 2 - Maximum Cardio Burn Plus Abs
Day 3 - Total Sculpt Plus Abs
Day 4 - Maximum Cardio Burn Plus Abs
Day 5 - Complete Aerobics & Weight Training
Day 6 - Maximum Cardio Burn Plus Abs
Day 7 - Rest
Day 8 - Start Balik!!!
FIRST TARGET - TO MAKE MY BMI NORMAL.. COMPLETE!!!!!!
2ND TARGET - KURANGKAN UNTIL 58KG.. ON D WAY!!!!!
looking back #
June 2006
July 2006
August 2006
November 2008